Glaukoma Si Pencuri Penglihatan

Pencuri penglihatan’, itu jolokan yang diberi kepada penyakit glaukoma kerana ‘kehadirannya’ berlaku secara senyap tanpa amaran gejala atau simptom yang ketara. Sebab itu juga, pesakit glaukoma seringkali tidak menyedari menghidap penyakit tersebut sehingga berlaku kerosakan yang lebih teruk pada penglihatan.

Perunding Opthalmologi, Oculoplastik, dan Pembedahan Lacrimal, Dr. Ong Chin Tuan berkata, glaukoma adalah sejenis penyakit yang merosakkan saraf optik dan boleh menyebabkan mata menjadi buta jika tidak dikawal.

Baca selanjutnya   Kembali ke daftar menu