Kanser Kolorektal Pembunuh Senyap

Kanser kolorektal adalah salah satu penyakit yang digelar pembunuh secara senyap. Ramai yang tidak menyedari bahayanya sehingga simptom muncul. Kebanyakan pesakit kanser kolorektal terutama bahagian usus besar tidak mengalami sebarang simptom pada peringkat awal.

Apabila simptom muncul dan berterusan, penyakit tersebut sudah mara ke tahap rawatan menjadi lebih susah. Walaupun bunyinya menakutkan, kanser kolorektal boleh dirawat jika ia ditemui di peringkat awal dan kolonoskopi merupakan alat yang paling efektif bagi mencegah kelainan di dalam usus sebelum berubah menjadi sel kanser.

Baca selanjutnya   Kembali ke daftar menu