Kanser payudara adalah penyakit sel-sel di payudara yang tumbuh di luar kawalan. Kanser jenis ini boleh bermula di mana sahaja bahagian payudara dan boleh merebak ke bahagian lain melalui saluran darah dan saluran limfa. Apabila kanser payudara sudah merebak ke bahagian tubuh yang lain, ia akan dikatakan telah bermetastasis.
Di Malaysia, kanser jenis ini adalah paling utama memberi kesan dikalangan wanita dengan satu daripada 19 wanita di negara ini menghidapinya. (National Cancer Registry 2007-2011)
Kanser payudara terjadi apabila sel di lobula (kelenjar penghasil susu) atau saluran menjadi tidak normal dan membahagi secara berlebihan. Sel tidak normal ini mula menyerang tisu payudara di sekitarnya dan akhirnya akan merebak melalui saluran darah dan saluran limfa ke kelenjar limfa, paru-paru, tulang, otak dan hati.