Kekeliruan Golongan Antivaksin

Mula berkembangnya golongan antivaksin ini di England disebabkan satu kajian oleh Andrew Wakefiled yang diterbitkan dalam Journal Lancet dalam tahun 1998, mendakwa vaksin menyebabkan autisme.Namun kajian tersebut telah ditarik balik oleh jurnal tersebut kerana bersifat berat sebelah dan tidak berwibawa.

Bermula daripada kajian yang tidak berwibawa, komuniti antivaksin ramai yang berpegang teguh dengan pendiriannya dengan menyebarkan fahaman mereka sehingga mengelirukan orang ramai walaupun banyak kajian yang lebih lengkap dijalankan selepas itu. Ujar Dr. Raja Ahmad Shaharul, dia tidak menafikan anda kebarangkalian berlakukan kesan sampingan selepas pengambilan suntikan vaksin tetapi ia tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan.

Baca selanjutnya   Kembali ke daftar menu