Usia Tua Lebih Berisiko

Glaukoma adalah keadaan di mana tekanan pada bahagian cecair dalam mata secara perlahan-lahan merosakkan saraf optik dan sekiranya tidak diberikan rawatan awal, ia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal. Pada peringkat global, glaukoma adalah satu daripada tiga punca utama masalah hilang penglihatan dan buta kekal.

Menurut Pakar Bedah Perunding Oftalmologi, Okuplastik dan Lakrimal Hospital Beacon, Dr Ong Chin Tuan, walaupun di Malaysia tidak ada data tepat mengenai bilangan pesakit glaukoma, ramai menghidapinya terutama bagi glaukoma jenis ‘sudut terbuka utama’. Usia yang semakin meningkat bermula 40 tahun ke atas boleh menyebabkan glaukoma.

Baca selanjutnya   Kembali ke daftar menu