BEACON HOSPITAL SDN BHD (621976-D)

NOTIS SULIT DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Sekiranya anda membaca Notis Sulit ini bagi pihak individu atau suatu badan korporat atau usahaniaga yang mengadakan suatu perhubungan kontraktual atau berurusan dengan Beacon Hospital (“BH”/” kami”), Notis Sulit ini diniatkan untuk ditujukan kepada, tanpa limitasi, pegawai-pegawai individu (termasuk penandatangan yang diberikuasa dan kakitangan), pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham, rakan-rakan kongsi dan/atau pemilik-pemilik benefisial badan korporat atau usahaniaga (“Individu-individu Relevan”) dan perkataan “anda” di sini hendaklah ditafsirkan sedemikian untuk bermaksud Individu-individu Relevan. Sila bantu untuk memberikan Notis Sulit ini kepada Individu-individu Relevan dalam badan korporat anda atau usahaniaga. Notis Sulit ini berhubung dengan data peribadi yang BH pungut berkenaan anda berhubung dengan perkhidmatan yang anda telah minta atau akan minta daripada kami atau yang telah diminta atau yang akan diminta daripada BH oleh anakguaman/anakguaman potensi kami yang anda wakili dan diberikuasa untuk bertindak bagi pihaknya atau yang anda berhubungan (“Perkhidmatan”). Di BH, melindungi data peribadi anda secara sulit dan selamat adalah keutamaan kami. Sebagai mematuhi Akta Perlindungan Peribadi 2010 dan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawahnya dari masa ke semasa (secara kolektif, dirujuk sebagai “Akta tersebut”), Notis Sulit ini dikeluarkan untuk memaklumkan anda bahawa Data Peribadi anda (seperti yang ditafsirkan di bawah) sedang dan/atau akan diproses oleh atau bagi pihak BH dan juga untuk menyedari anda tentang hak-hak anda berhubung dengan data sedemikian.

1. Persetujuan Anda Dengan: -

  • i. melantik BH untuk membekalkan Perkhidmatan;
  • ii. berkomunikasi atau berinteraksi dengan kami;
  • iii. memasuki transaksi-transaksi atau berurusan dengan BH;
  • iv. nelawati atau melayari laman web BH (www.beaconhospital.com.my); atau
  • v. mengunjungi pejabat kami dan/atau pejabat anakguaman kami, menghadiri sebarang pelancaran jualan, promosi atau acara-acara lain yang diadakan oleh anakguaman BH, anda bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh atau bagi pihak BH dalam pembekalan Perkhidmatan. Perkataan “pemprosesan” mempunyai maksud yang dinyatakan dalam Akta tersebut.

2. Data Peribadi

2.1 Data Peribadi mempunyai maksud yang dinyatakan dalam Akta tersebut dan termasuk maklumat berkenaan anda, misalnya: –

  • i. nama, no. K/P/Paspot, umur & tarikh lahir;
  • ii. warganegara, bangsa dan jantina;
  • iii. butir-butir hubungan, termasuk alamat-alamat, nombor telefon/faks/telefon bimbit & alamat-alamat emel;
  • iv. butir-butir pekerjaan/profesion termasuk nama dan alamat syarikat, jawatan/pangkat dan linkungan pendapatan;
  • v. status kewangan dan perundangan (termasuk maklumat akaun bank atau kad kredit dan kebankrapan); dan
  • vi. sebarang maklumat lain yang berkenaan anda, suami/isteri anda, atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau mungkin kemudiannya dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh BH dari masa ke semasa.

2.2 Berhubung dengan data peribadi yang sedemikian rupa bagi pihak-pihak ketiga seperti pasangan anda dan ahli-ahli keluarga anda, anda dengan ini menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan mereka untuk membenarkan kami memproses data peribadi mereka dan anda akan melanjutkan satu salinan Notis ini kepada mereka.

2.3 Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang anda telah bekalkan atau akan bekalkan kepada kami adalah tepat sepenuhnya, tidak mengelirukan dan kemaskini.

3. Tujuan-tujuan

3.1 BH boleh menggunakan dan memproseskan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berkenaan Perkhidmatan dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya dan untuk aktivitiaktiviti\ perniagaan BH, yang termasuk seperti berikut: –

  • i. untuk berkomunikasi dengan anda;
  • ii. untuk menjawab sebarang pertanyaan dan/atau komen anda;
  • iii. untuk menyediakan dokumen-dokumen atau surat-surat cara yang mungkin diperlukan untuk tujuan-tujuan bagi Perkhidmatan dan apa-apa kerja sampingan lain yang dengan tujuan-tujuan sedemikian termasuk surat-surat, notis-notis, borang-borang, permohonanpermohonan, perjanjian-perjanjian, affidavit-afidavit atau sebarang dokumen lain dalam apa-apa bentuk atau sifat;
  • iv. untuk melaksanakan arahan anda atau majikan anda;
  • v. untuk menjalankan kajian demi membaikkan perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • vi. untuk kegunaan pentadbiran kami termasuk tujuan penyemakan asal usul, kebolehpercayaan kredit dan konflik;
  • vii. untuk membekalkan maklumat kepada pihak berkuasa kerajaan dan perundangan bagi mematuhi keperluan-keperluan statut dan kerajaan dan obligasi-obligasi BH di bawah undang-undang; atau
  • viii. untuk sebarang tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan-peraturan, garis-panduan dan/atau pihak berkuasa berkenaan (secara kolektif “Tujuan-tujuan”)

3.2 BH juga boleh mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan lain seperti:

  • i. untuk menghantar kepada anda material-material seperti kad-kad ucapan, surat berita, artikel, rencana, berita atau maklumat kemaskini lain, dan maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar;
  • ii. untuk membekalkannya sebagai rujukan kepada editor/penyelidik dalam penerbitan undang-undang dan jurnal dan bakal pelanggan yang inginkan maklumat rujukan bagi kerja-kerja yang pernah kami kendalikan; atau
  • iii. membekalkannya kepada sebarang biro atau agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (termasuk Central Credit Reference Information System [CCRIS]), SME Crdit Bureau atau sebarang agensi rujukan atau laporan kredit yang lain. Sekiranya anda tidak bersetuju bagi BH memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 3.2 ini, sila maklumkan kepada BH dengan menghubungi BH melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 5.1 di bawah.

4. Sumber-sumber

Kami boleh memperolehi atau mengumpulkan Data Peribadi anda secara langsung daripada anda, majikan anda dan/atau wakil yang diberikuasa oleh anda. Tambahannya, kami boleh memperolehi atau mengumpulkan Data Peribadi anda daripada sumber-sumber yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada sumber-sumnber berikut: –

  • i. perjanjian-perjanjian, borang-borang dan dokumen-dokumen lain yang anda tandatangani dan/atau bekalkan kepada kami dan/atau yang mana kami mempunyai akses;
  • ii. rakan-rakan perniagaan atau ahli-ahli gabungan kami dan/atau pihak-pihak lain yang mana kami mempunyai urusan;
  • iii. dari mana-mana acara, seminar, persidangan atau ceramah yang diadakan oleh BH dan/atau pelancaran jualan, promosi atau acara lain yang diadakan oleh mana-mana anak guaman BH;
  • iv. segala usaha lain yang sah di sisi undang-undang dan/atau carian daripada pihak berkuasa/ perbadanan/agensi kerajaan yang relevan dan/atau agensi pelaporan kredit dan/atau apa-apa perbadanan/agensi yang mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk mengumpul, mengguna dan/atau memproses Data Peribadi anda; dan/atau
  • v. dari “cookies” yang digunakan di laman web BH; dan/atau
  • vi. alat carian talian.

5. Hak Akses

5.1 Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh pada bila-bila masa mengemukakan permintaan untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami dan menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi anda seperti berikut:-

Beacon Hospital Sdn Bhd
Alamat: 1, Jalan 215, Section 51, Off Jalan Templer,
46050, Petaling Jaya,
Selangor D.E., Malaysia
Telefon No: 603-7787 2992
Fax No: 603 – 7620 7929
Emel: mrd@beaconhospital.com.my
Perhatian Kepada: Pegawai Perlindungan Data Peribadi

5.2 Menurut Akta tersebut:

  • i. kami boleh mengenakan fee yang ditetapkan untuk memproses permintaan anda untuk akses atau pembetulan; dan
  • ii. kami boleh enggan mematuhi permintaan anda untuk akses atau pembetulan Data Peribadi anda dan sekiranya kami menolak permintaan sedemikian, kami akan memaklumkan anda penolakan kami dan alasan penolakan.

6. Penzahiran Kepada Pihak Ketiga

Walaupun kami mengamalkan polisi kerahsiaan yang ketat ke atas Data Peribadi anda, kamiboleh mengupah pembekal-pembekal perkhidmatan atau kemudahan-kemudahan yang lain untuk melaksanakan tugas-tugas bagi pihak BH dan lantaran itu, kami adalah dibenarkan untuk menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga, mahupun di dalam atau di luar Malaysia, seperti pihak-pihak berikut (yang mana tidak terhad kepada yang tersenarai sedemikian di bawah):-

  • i. Pembekal-pembekal teknologi maklumat (IT) dan kemasukan data;
  • ii. Pembekal-pembekal kemudahan penyimpanan;
  • iii. Penasihat-penasihat profesional, juruaudit luar, akauntan, perunding, bank-bank dan institusi-institusi kewangan dan pembekal insuran kami;
  • iv. Pihak berkuasa/perbadanan/agensi perundangan dan/atau statut dan/atau agensi-agensi pelaporan kredit dan/atau apa-apa perbadanan/agensi lain supaya BH dapat memenuhi kehendak-kehendak kerajaan dan statut; dan
  • v. Pihak-pihak lain sebagaimana BH fikirkan perlu bagi Tujuan-tujuan tersebut

7. Hak untuk Mengehadkan Pemprosesan Data Peribadi

Tertakluk kepada Seksyen 8 di bawah dan tertakluk juga kepada mana-mana hak dan sekatan yang ditetapkan di bawah Akta tersebut, anda boleh pada bila-bila masa, melalui notis bertulis, mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk sejauh mana Data Peribadi yang anda membenarkan kami untuk memproses dan/atau tujuan kami memproses Data Peribadi anda, dengan manghantarserah notis kepada kami secara ke diri atau dengan menghantarkan notis tersebut melalui pos secara surat berdaftar yang ditujukan kepada kami, di alamat yang dinyatakan di Seksyen 5 di atas.

8. Akibat Jika Gagal Membekalkan Data Peribadi

Segala Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami adalah diberikan secara sukarela oleh anda dan anda boleh menarik balik persetujuan anda kepada BH untuk memproseskan Data Peribadi anda. Akan tetapi, sekiranya anda tidak membekalkan kepada kami atau tidak membenarkan kami untuk memproseskan Data Peribadi anda, BH mungkin tidak dapat menjalankan yang berikut:-

  • i. membekalkan kepada anda Perkhidmatan yang diminta;
  • ii. berkomunikasi dengan anda;
  • iii. menyediakan perjanjian berkenaan dan/atau dokumen-dokumen lain untuk anda;
  • iv. secara efektif melaksanakan arahan dalam membekalkan Perkhidmatan kami kepada anda;
  • v. melaksanakan atau memenuhi Tujuan-tujuan sepertimana yang diperincikan dalam Seksyen 3 di atas.

9. Pemindahan Data Peribadi

Lantaran kemudahan-kemudahan penyimpanan dan server teknologi maklumat BH boleh ditempatkan di luar bidangkuasa Malaysia, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproseskan di suatu bidangkuasa di luar Malaysia. Walau bagaimanapun, anda memahami dan dengan ini bersetuju terhadap pemindahan Data Peribadi anda ke mana-mana tempat di luar Malaysia seperti yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut.

10. Modifikasi

BH boleh mengubah atau meminda terma-terma Notis ini dari masa ke semasa tanpa sebarang notis dengan meletakkan Notis terkini di laman web kami. Penggunaan berterusan perkhidmatan BH atau interaksi atau komunikasi berterusan anda dengan kami selepas modifikasi atau pindaan-pindaan ke atas Notis ini bermakna anda menerima modifikasi-modifikasi atau pindaanpindaan BH tersebut.

11. Pihak Ketiga

Kami boleh meminta bantuan anda untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak ketiga yang mana data peribadi mereka dibekalkan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.

12. Bahasa

Notis ini adalah dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Muat turn versi PDF