Skip to main content
search

beacon-sholder-pain-is-not-necessarily-frozen-shoulder-bm

Ringkasan Artikel:

SinChew Daily – 23 Mac 2022

Kata-kata Doktor:

Sekali pandang, sesetengah masalah ortopedik tidak kelihatan serius, tetapi kerana kurangnya kesedaran pesakit, atau disebabkan kecuaian, ditambah pula kesengsaraan disebabkan kesakitan setelah cedera, menyebabkan ketidakselesaan kepada kehidupan seharian, dan anda mungkin juga akan kehilangan peluang terbaik untuk mendapatkan rawatan awal. Dalam sesetengah kes keradangan bahu misalnya, ada risiko untuk otot menipis.

Tendonitis bahu, bahu beku, keradangan siku, carpal tunnel syndrome (CTS), mother’s hand dan trigger finger adalah penyakit klinikal ortopedik biasa, tetapi kebanyakan pesakit selalu menangguh lama, dari 3 bulan sehingga menjangkau setahun, untuk mendapatkan nasihat doktor dan menerima rawatan bersesuaian. Pesakit bukan sahaja akan menanggung kesakitan berpanjangan; yang asalnya hanyalah kecederaan ringan, terus menjadi masalah lebih serius.

 

6 Kecederaan Ortopedik Utama Yang Boleh Sembuh Dengan Rawatan Awal
1. Tendonitis Bahu, Atrofi Otot Berpanjangan

Apabila menjangkau usia 30-an, tendon dan ligament akan mula kehilangan keanjalannya. Kita mungkin tidak begitu peduli dengan masalah ini, tetapi pengulangan pergerakan setiap hari akan menyebabkan tendon mudah terkoyak. Sesetengah pesakit datang mendapatkan nasihat doktor kerana tidak dapat menahan kesakitan yang dialami, dan doktor akan memberikan ujian X-ray. Hanya melalui ujian ini anda akan dapat melihat dengan lebih jelas keadaan kalsium yang terkumpul pada tendon. Kalsium yang terkumpul ini boleh menyebabkan kesakitan akut dan serius.

Simptom paling biasa bagi Tendinitis Bahu adalah sakit, kebas, lemah, demam dan bengkak pada bahagian tersebut. Bahu tidak dapat di bengkok atau diluruskan, dan anda mungkin akan terjaga daripada tidur secara tiba-tiba kerana kesakitan yang dialami, adalah penting untuk memeriksa keadaan bahu pesakit sama ada ia bengkak atau panas, sakit dan keras apabila ditekan, atau lemah bila mengangkat sesuatu, dsb. Sesetengah pesakit juga mungkin mempunyai simptom atrofi botot kerana menangguh rawatan.

 

2. Bahu Beku, Sakit Pada Bahu dan Tangan, Tidak Boleh Memusing

Bagi bahu beku, dalam sesetengah keadaan, tendon pada bahu terenggang dan keradangan. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menyebabkan keradangan berulang untuk jangka masa yang panjang. Sendi yang sebelum ini fleksibel, kini tersekat seperti gam. Doktor juga tidak akan mampu untuk mengangkat tangan pesakit ke atas. Ini adalah keadaan bahu beku (frozen shoulder).

Ia mungkin mengambil masa selama 1 hingga 2 tahun untuk pesakit dengan masalah tendinitis bahu bertukar menjadi bahu beku (frozen shoulder). Secara umumnya, keradangan akut terjadi setelah cedera, dan anda harus mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Simptom boleh dipulihkan dengan mengambil ubatan dan terapi fizikal. Tetapi, sekiranya ia sudah menjadi bahu beku, masalah ini akan menjadi lebit sulit. Oleh itu, keradangan akut pada bahu tidak harus dipandang ringan. Sekiranya pesakit mengabaikan masalah ini, ia akan menjadi masalah keradangan berpanjangan.

 

3. Anda Boleh Menghidap Tennis Elbow Walaupun Anda Tidak Bermain Tenis

Tennis elbow atau Golfer’s elbow adalah masalah pada siku. Berbanding nama penyakit ini, tennis elbow atau golfer’s elbow tidak terjadi hanya sekiranya anda bermain tenis atauu golf, tetapi lebih kerana ia terjadi pada titik asal otot dan tendon, berdekatan sendi siku. Sebarang perbuatan yag dilakukan dalam aktiviti harian yang melibatkan pengunaan kerap otot yang bersambung pada siku, atau renggangan kerap pada otot dan tendon siku semasa melakukan kerja atau bersenam; kesemua perbuatan ini boleh menyebabkan keradangan dan menjadi tennis elbow atau golfer’s elbow.

Simptom umum termasuklah sakit, lemah, demam dan bengkak. Kebiasaannya, pesakit tidak berjumpa dengan doktor kerana mereka tidak merasa sakit, atau mereka tidak mahu berjumpa doktor walaupun dalam kesakitan, sehinggalah kesakitan tersebut tidak mampu ditanggung, sehingga menjejaskan kehidupan seharian mereka. Pada pandangan doktor, ini sikap sambal lewa atau tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan anda sendiri kerana keradangan pada otot dan tendon jika tidak dirawat, boleh mendatangkan akibat yang teruk.

 

4. Palsi Jari Mampatan Carpal Tunnel

Sesetengah pesakit berusia antara 40 hingga 50 tahun mengadu tentang kebas dan rasa kesemutan pada tangan mereka semasa mendapatkan nasihat perubatan. Mereka juga terjaga pada waktu tengah malam dan merasa kebas pada tapak tangan, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Ini adalah sindrom carpal tunnel.

 

5. Mummy Wrist, Keradangan Pada Tendon

Simptom carpal tunnel agak berbeza daripada simptom biasa seperti Mummy Wrist (De Quervain’s disease). Mummy wrist terjadi apabila dua tendon ibu jari cedera. Tetapi, mengapa ia dikenali sebagai Mummy wrist? Ini adalah kerana 70% daripada mereka yang menghidap masalah ini terdiri daripada ibu atau bapa baru. Mengapa ibu dan bapa baru yang menghidap masalah ini? Ini adalah kerana ini adalah kali pertama mereka menjadi ibu bapa, tanpa ada pengalaman mengendalikan bayi sebelum ini. Sama ada memberi makan, memandikan atau mendodoikan bayi untuk tidur, mereka terdedah untuk menggunakan pergelangan tangan mereka secara berulang, menyebakan keradangan pada dua tendon ibu jari.

Prinsip asas adalah sama. Bagi rawatan tanpa pembedahan, pesakit perlu mengikut nasihat doktor, mengubah corak kehidupan mereka dan menggunakan belat pada pergelangan tangan mereka. Sekiranya doktor memberika ubatan, ia harus diambil mengikut masa yang ditetapkan; suntikan ubatan akan ditentukan setelah perbincangan antara doktor dan pesakit. Jarang sekali berlaku bagi pesakit dengan Mummy wrist memerlukan pembedahan.

 

6. Trigger Finger – Tidak Boleh Dibengkokkan Apabila Menjadi Serius

Trigger finger adalah kecedaraan tangan yang biasa juga terjadi. Trigger finger terjadi pada pembahagi antara telapak tangan dengan jari anda. Tendon yang fleksibel membolehkan jari dibengkokkan, dan sarung tendon menjadi tebal. Kebanyakan pesakit yang mendapatkan nasihat perubatan, masih boleh membekok dan meluruskan jari mereka walaupun bahagian yang terbabit merasa sakit. Simptom tahap pertama trigger finger termasuklah sakit, sakit menekan, lemah, panas dan bengkak.

Kesimpulannya, koyak pada otot atau tendon, sama ada pada bahu atau siku, nasihat saya adalah untuk mendapatkan rawatan sebaik sahaja ia terjadi, dan jangan tunggu sehingga ia menjadi masalah serius sebelum mendapatkan nasihat doktor.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut:

beacon-sholder-pain-is-not-necessarily-frozen-shoulder-qr-code
beacon-sholder-pain-is-not-necessarily-frozen-shoulder-

Dato’ Dr Lee Joon Kiong

Consultant Orthopaedic Surgeon

Book Now

Leave a Reply

Close Menu